Thursday, January 7, 2016

BACAAN YAASIN PERTAMA 2016

Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKPP kerana telah berjaya melaksanakan bacaan Yaasin secara berjemaah pada minggu pertama persekolahan bagi sesi 2016 seperti tahun-tahun sebelum ini. Satu pembudayaan mengimarahkan bacaan Al-Quran dikalangan semua pelajar islam. Semoga dengan aktiviti sedemikian akan dapat diteruskan dari masa ke semasa dan akan dapat berkekalan. 
Sejurus bacaan Yaasin beserta dengan bacaan tahlil yang ditujukan khs untuk Arwah Ustaz Shamsudin yang telah kembali ke rahimatullah malam tadi. Kemudian diikuti dengan pembacaan Maatan Alhadis Arbain oleh Sheikh Ustaz Zakri bin Othman dengan dimulai dengan Hadis yang ke 20.
Insyaallah, dengan kekuatan yang Allah limpahkan , aktiviti pembacaan Yaasin berjemaah serta penghayatan matan al-hadis Arbain akan dapat dilaksanakan secara istiqomah.

                        
                        
 



No comments:

Post a Comment