Perutusan Puan Pengetua 2021
Puan Hajjah Jamsiah bt. Mohd Shariff
Perutusan Puan Pengetua 2019
Puan Hajjah Jamsiah bt. Mohd Shariff
Perutusan Tuan Pengetua 2017
Puan Jamsiah bt. Mohd Shariff
Ucapan Pengetua 2017 dalam bentuk audio
Perutusan Tuan Pengetua 2016 - Tuan Hj Yusof b. Yahaya
اسىلام عليكم ورحمة الله وباركته
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia…
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur atas nikmat kesihatan dan kelapangan melalui hidayah dan inayah Illahi, saya mengambil peluang dan ruang ini untuk mengucapkan selamat bertemu di lapangan kepada seluruh warga kerja Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang. Semoga Allah mencucuri rahmat dan kemudahan kepada kita semua untuk menunaikan amanah Allah mengikut kedudukan, peranan dan tanggungjawab masing-masing. Sesungguhnya setiap orang dalam kalangan kita amat diperlukan dan sentiasa berperanan besar dalam organisasi dan keluarga SMK Parit Panjang.
Sahabat-sahabat warga kerja sekalian,
Sebaik sahaja saya dijemput dan ditunjukkan amanah besar memimpin SMKPP, timbul di benak dan fikiran saya adalah, antaranya;
i. Mampukah saya menjadi nakhoda kepada warga kerja SMKPP yang dikenali amat hebat?
ii. Adakah warga kerja SMKPP sudi menerima kehadiran insan kerdil ini sebagai ahlinya?
iii. Adakah saya mampu mempertahankan reputasi hebat SMKPP selama ini?
Dan… banyak lagi persoalan bermain di minda saya, lantaran kekurangan ilmu, kemahiran dan pengalaman ini.
Namun, kata orang-orang tua, “belum cuba belum tahu…”, “tak kenal maka tak cinta”, “alah bisa tegal biasa”. Saya berusaha setakat untuk ‘menidakkan’ kekurangan diri saya. Alhamdulillah … sehingga kini keinginan dan hasrat awalan saya telah diraih.
Rakan seperjuangan sekalian,
Sesungguhnya saya amat bertuah kerana dianugerahi warga kerja yang sememangnya hebat dalam pelbagai disiplin dan aspek. Baik dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman … Paling utama adalah tenaga muda yang sentiasa ‘dahagakan’ untuk bekerja sama ada dalam bidang masing-masing mahupun secara kerja sepasukan atau kolektif dalam keluarga besar SMKPP. Terima kasih banyak …
Saya amat yakin dan percaya bahwa organisasi seperti SMKPP akan terus cemerlang dengan tenaga dan semangat kerja seperti yang dimiliki oleh kita. Malah saya begitu yakin dan pasti saudara/saudari akan terus bekerja bersama-sama saya untuk meningkatkan prestasi akademik dan bukan akademik khususnya sahsiah pelajar.
Saudara/saudari pejuang sekalian,
Sesungguhnya saya tidak memiliki suatu “ramuan khusus” kecuali sokongan padu saudara/saudari. Saya juga tidak berhasrat merombak atau menukar sebarang strategi dan kaedah dalam kepemimpinan SMKPP. Saya sentiasa terbuka untuk menerima pandangan dan teguran yang membina demi kebajikan dan kecemerlangan SMKPP khususnya sahsiah dan akademik anak-anak pelajar kita. Sudi-sudilah saudara/saudari membantu saya dalam apa cara sekalipun serta membetulkan saya yang pasti tidak sunyi daripada melakukan kesilapan.
Saya mengambil peluang ini menyeru kepada saudara/saudari khasnya pendidik yang masih muda supaya menambah ilmu, pengetahuan dan kemahiran melalui kursus, bengkel dan sebagainya bagi meningkatkan profesionalisme. Sesungguhnya tenaga saudara/saudari amat diperlukan pada peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.
Saudara/saudari seperjuangan,
Akhirnya saya ingin memohon maaf jika ada sebarang kekurangan dan kelemahan pada diri saya sepanjang saya bersama saudara/saudari di SMKPP bermula hari pertama saya di SMKPP sehinggalah tamat perkhidmatan kelak. Dengan izin Allah, saya akan memberi sepenuhnya daya fikir dan usaha saya demi seluruh warga SMKPP dengan sokongan padu semua pihak. Semoga Allah akan terus bersama kita dalam menunaikan amanahNya. Saya berdoa agar Allah memberi ganjaran sebesar-besarnya atas segala sumbangan bakti demi kebajikan seluruh warga SMKPP.
Sekian dan bertemu lagi…
Dari,
Hj Mohd Yusof bin Yahaya
Salam saya ingin tnya tentang guru ganti sains atau biology. Ada memerlukan guru ganti x?
ReplyDelete