Friday, January 29, 2016

Merentas Desa SMKPP

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga SMKPP kerana telah berjaya melaksanakan acara merentas desa peringkat sekolah pada 21 Jan yang lalu dengan jayanya dan Rumah Biru (Beta) telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan acara merentas desa pada tahun ini...Syabas

Thursday, January 7, 2016

Orientasi Peta iThink Pelajar Ting. 1

 Tahniah dan syabas kepada semua murid tingkatan 1 yang telah menjalani pembengkelan pengajian Peta iThink yang merupakan salah satu Alatan KBAT kaedah pengajian di abad ke 21 yg telah difasilitatorkan oleh Jurulatih Utama KBAT Sains Daerah Baling pada 6 Jan 2016 yang lalu selama 5 jam pembengkelan.
 Ramai murid yang mengatakan kaedah pembelajaran yang menggembirakan ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang......Tahniah
 
                        
                          




BACAAN YAASIN PERTAMA 2016

Tahniah dan syabas kepada semua warga SMKPP kerana telah berjaya melaksanakan bacaan Yaasin secara berjemaah pada minggu pertama persekolahan bagi sesi 2016 seperti tahun-tahun sebelum ini. Satu pembudayaan mengimarahkan bacaan Al-Quran dikalangan semua pelajar islam. Semoga dengan aktiviti sedemikian akan dapat diteruskan dari masa ke semasa dan akan dapat berkekalan. 
Sejurus bacaan Yaasin beserta dengan bacaan tahlil yang ditujukan khs untuk Arwah Ustaz Shamsudin yang telah kembali ke rahimatullah malam tadi. Kemudian diikuti dengan pembacaan Maatan Alhadis Arbain oleh Sheikh Ustaz Zakri bin Othman dengan dimulai dengan Hadis yang ke 20.
Insyaallah, dengan kekuatan yang Allah limpahkan , aktiviti pembacaan Yaasin berjemaah serta penghayatan matan al-hadis Arbain akan dapat dilaksanakan secara istiqomah.

                        
                        
 



Wednesday, January 6, 2016

Watikah Perlantikan Pengawas 2016

5 Jan 2016 bertempat di tapak perhimpunan sekolah telah dilangsungkan majlis penyerahan watikah perlantikan pengawas secara sederhana dan selamat. Dengan kekuatan 90 orang pengawas yang dilantik pada sesi 2016 ini akan dapat memberi nilai positif kepda seluruh warga SMKPP dan pada diri pengawas amnya. Tahniah dan syabas..

Tuesday, January 5, 2016

Penyampaian Sijil Solar Car Smartex USM

Syabas dan tahniah kepada pasukan SMK Parit panjang yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan solar car Smartex 4U di USM yang telah berlangsung pada 4-6 Dec 2015 yang lalu di USM Pulau Pinang.
Penyampaian sijil ini telah dilaksanakan di tapak perhimpunan sekolah pada 4 Jan 2016 yang lalu sewaktu perhimpunan pagi dengan jayanya.
Semoga semangat 'Risilence' yang telah dipamirkan oleh pasukan smkpp ini akan dapat disebar luaskan lagi kepada seluruh kulawangsa SMKPP pada masa akan datang. Syabas 
 





Sunday, January 3, 2016

Selamat Datang PK HEM

Syabas dan tahniah kepada Tn. Hj. Ishak b. Mat atas kesudiaan ingin menabur bakti di bumi SMKPP mulai tahun ini 2016 sebagai PK HEM yang baru.

Biodata beliau :
Nama (Name)_Tn. Hj. Ishak bin.  Mat
Umur (Age):     50 Tahun
Berasal( Hometown): Kupang, Kedah
Email (email) : ishakmat26@gmail.com

Pengalaman Bertugas( Work Experiences):
1. SMK BALING ( 1990 – 1996 )
2. SMK TUNKU PETERA  BALING ( 1997 – 2003 )
3. SMK AGAMA BALING ( 2003 – 2006 )GK KEMANUSIAAN
4. SMK JERAI ( 2006 – 2013 ) PK KOKURIKULUM & PK HEM
5. SMK TELOI KANAN ( 2013 – 2015 ) PK HEM
6. SMK PARIT PANJANG ( 2016 - ) PK HEM

Pengajian Tahap tertinggi di Universiti Malaya..

Falsafah Hidup:

  CINTAILAH TUGAS KITA SEBAGAI GURU KERANA MENYAMBUNG  KERJA PARA NABI DAN RASUL IAITU MENYEMPURNKAN AKHLAK UMMAH. 

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2016

Syabas dan tahniah semua warga SMKPP yang telah kembali semula menjalani sesi persekolahan yang telah bermula pada 3 Jan 2016..  Seawal pagi dengan perhimpunan pertama..beberapa taklimat ringkas dari guru bertugas mingguan Kaunselor Cg. Tahir diikuti dengan taklimat ringkas dari tuan pengetua sendiri dan ucapan perkenalan oleh PK HEM yang baru iaitu Tn. Hj. Ishak b. Mat dari SMK Teloi Kanan. Semoga dengan gandingan yang mantap ini akan memberi satu iltizam utk membina kearah kecemerlangan yang lebih baik utk SMKPP insyallah.