Monday, October 31, 2016

SEPANJANG OKT-NOV AKTIVITI SOLAT DHUHA DAN BACAAN MATSURAT

Sejurus lepasan PT3 semua pelajar PT3 telah didedahkan secara praktikal untuk mengerjakan solat sunat dhuha dan membaca bacaan matsurat secara berjemaah disetiap pagi sebelum lain-llain aktiviti. Tahniah kepada semua calon PT3 dan tidak lupa juga kepada kaunselor-kaunselor yang bertindak cemerlang demi memenuhi pengisian masa pelajar PT3. Syabas

 
 




27 Okt 2016 - Aktiviti Roket Air dan Paracut

27 Okt 2016...Aktiviti pelancaran Roket air dan paracut telah dilaksanakan dgn jayanya..Keseronokan murid terserlah dgn hilai ketawa mereka.....Syabas kepada murid2 SMKPP lepasan PT3.



 





25 Okt 2015 - Aktiviti Floating Tower

25 Okt 2016 Aktiviti The Floating Tower berjaya dilaksanakan di SMKPP kepada pelajar lepasan PT3..Melihat kepada kreativiti murid yang sungguh baik dan terselah..sebagai persediaan mereka menghadapi masa akan datang lebih mencabar...Tahniah SMKPP



 
 
 
 
 


Monday, October 10, 2016

Ahlan Wasahlan Guru Praktikal Bahasa Arab

Syabas dan tahniah kepada guru praktikal Ustazah Norfazirah bt. Abdul Hamid kerana sanggup menabur bakti di SMKPP yang merupakan sekolah lamanya dahulu ketika di Ting 3. Kini beliau kembali ke sekolah asalnya utk menabur sedikit bakti kepada anak-anak murid. Syabas dan teruskan usaha semoga akan terus cekal sebagai pendidik...Khidmat beliau sebagai guru praktikal hampir sebulan sahaja sehingga hujung Oktober 2016.

Falsafah Hidup :
USAH PEDULI PANDANGAN MANUSIA DALAM MENCARI REDHA ILAHI.      

Ahlan Wasahlan Puan Pengetua

Syabas dan tahniah kepada Puan Pengetua Pn. Jamsiah bt, Mohd Shariff kerana telah dilantik sebagai pengetua wanita pertama di SMK Parit Panjang. Bermula pada 19 Sept 2016 yang lalu beliau yang suatu ketika dahulu pernah berkhidmat di SMKPP ternyata akan melakar satu nostalgia yang indah di SMKPP. Sememangnya kehadiran beliau kembali semula ke SMKPP adalah dinanti nantikan . Ternyata Allah itu Maha merancang dan insyallah dengan pucuk kepimpinan yang masih segar akan membuahkan kejayaan bagi seluruh SMKPP... Tahniah sekali lagi


Jasa Mu Di Kenang Tn. Hj. Mohd Yusof

Tahniah dan syabas kepada Tn.Hj. Mohd Yusof bin Yahaya di atas sumbang khidmat kepada SMKPP hampir 2 tahun. Teramat banyak jasa yang telah ditaburkan selama berada di SMKPP dan pastinya nostalgia itu tidak dapat kami lupakan sebagai warga pendidik di SMKPP. Semoga Tn Hj. akan terus cemerlang dari masa ke masa.